kadazandusun_komuniti

Seminar Anjuran Jabatan Perpaduan Negara

Tema

 

Jabatan Perpaduan Negara akan mengadakan satu bengkel dengan tema "NILAI-NILAI MURNI" pada 21hb - 23hb Ogos, 2001. Bengkel ini akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia.

 

Bengkel tersebut bertujuan untuk membentangkan penemuan atau pun rumusan oleh Jabatan berkenaan mengenai unsur-unsur negatif dan antara faktor yang mencemari Nilai-Nilai Murni dari segi pandangan agama dan budaya. Bengkel tersebut akan dirasmikan dan seterusnya dibincangkan bersama oleh Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Y.B. Dato' Dr. Hajah Siti Zaharah Hj. Sulaiman.

KDCA telah dijemput sama untuk menyertai bengkel ini, yang mana KDCA Klang Valley akan menghantar seorang AJK sebagai wakil.

 Antara personaliti yang akan memberi ceramah pada bengkel tersebut :

 Y.B. Dato' Dr. Hajah Siti Zaharah Hj. Sulaiman, Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat

 Profesor Dato' Dr. Kamal Hassan, Rektor UIA, Malaysia.

 Y. Bhg. Tan Sri Dato' (>) Haji Muhammad Ghazali Shafie, Pengerusi

Objektif

Penjana Bengkel

Laporan mengenai isu-isu dan rumusan hasil pembentangan seminar dan perbincangan akan dikemukakan oleh Setiausaha secepat yang mungkin.

"Misompuru id Koubasanan"

back to top back to main page